TCL Menyangkal Dakwaan Televisyen Pintar Mereka Digunakan China Untuk Mengintip

Diterbitkan pada Dis 28, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Minggu lalu pihak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (DHS) memberikan amaran bahawa televisyen pintar keluaran TCL mempunyai pintu belakang yang digunakan untuk tujuan mengintip bagi pihak kerajaan China. Hari ini menurut laporan Digitimes, TCL menyangkal laporan tersebut.

TCL menegaskan kesemua televisyen pintar mereka yang dipasarkan di Amerika Syarikat hanya mempunyai aplikasi terpasang yang dibangunkan oleh Google dan Roku. Tambah TCL lagi kesemua televisyen pintar mereka mematuhi undang-undang, polisi teknologi dan piawaian sekuriti Amerika Syarikat. Walaupun amaran telah dikeluarkan, mereka masih belum dihubungi oleh pihak DHS mengenai tuduhan tersebut.

Pada waktu ini China masih lagi merupakan pasaran terbesar televisyen pintar keluaran TCL dengan Amerika Syarikat di tangga kedua. Tetapi kerana wabak Covid, jualan meningkat naik dan lebih banyak unit berjaya di jual pada setahun pertama 2020 di A.S berbanding di China.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami