Berhati-Hati Dengan Iklan Facebook Berbentuk Penipuan Menjanjikan iPhone 12 Pro Max Dari Maybank

Berhati-Hati Dengan Iklan Facebook Berbentuk Penipuan Menjanjikan iPhone 12 Pro Max Dari Maybank

Diterbitkan pada Dis 28, 2020 oleh .

Terbaru, kini ia didapati sebuah iklan baru dipromosikan melalui Facebook, yang memberikan gambaran seolah-olah ia dari Maybank. Tetapi, sebaliknya ia dilihat iklan berbentuk hasad yang ingin mencuri data pengguna.

Pihak Maybank memperingatkan yang mana jangan klik pada pautan yang mencurigakan. Tiada sebarang promosi yang menjanjikan iPhone 12 Pro Max daripada Maybank yang diiklankan melalui Facebook bersempena tahun baru.

Maybank meminta pengguna yang sedia memberikan respon terhadap iklan tersebut supaya menghubungi Maybank serta-merta melalui talian 03-5891 4744.

Jikalau anda menemui iklan sedemikian di Facebook, jangan lupa untuk “Report” iklan berkenaan terus kepada pihak Facebook, dan berhati-hati dengan sebarang pautan mencurigakan.



Paling Popular