Carian
Apple Wallet Boleh Digunakan Untuk Membuktikan Anda Telah Menerima Vaksin Covid-19
December 29, 2020 Effi Saharudin

Proses pemvaksinan dunia dari virus Covid-19 telah bermula di Amerika Syarikat, UK, China, Rusia dan UAE. Ini memberikan harapan bahawa norma lama akan dapat kembali selepas dunia berjaya mengalahkan wabak yang telah membunuh hampir 500 individu di Malaysia. Tetapi bagaimanakah seseorang dapat membuktikan mereka telah menerima vaksin ini?

Bagi penduduk kota Los Angeles, mereka dapat mengemukakan bukti telah menerima vaksin Covid-19 dengan hanya membuka aplikasi Apple Wallet. Ini adalah hasil kerjasama dengan Helthvana yang memuat naik senarai penerima vaksin setiap hari. Menerusi aplikasi Apple Wallet, bukti ini dapat digunakan untuk mereka menaiki pesawat (seperti yang diwajibkan oleh Qantas) dan menghadiri acara yang melibatkan ribuan peserta tanpa risau diri akan dijangkiti virus maut ini.

Pengguaan Apple Wallet sesuai di Los Angeles kerana ramainya pengguna iPhone di negara tersebut. Setakat ini kerajaan Malaysia masih belum mengumumkan bagaimana rakyat boleh membuktikan mereka telah menerima vaksin kelak. Tetapi tidak mengejutkan jika MySejahtera yang telah sedia terpasang pada jutaan peranti boleh digunakan sebagai bukti di masa hadapan. Tiada sebab untuk membangunkan aplikasi baru yang hanya menelan kos tinggi.

Komen