Cari @ Amanz

Kerajaan mengesahkan proses pemvaksinan di Malaysia akan bermula bulan Februari 2021 kelak. Pada peringkat awal petugas barisan akan menerimanya terlebih dahulu sebelum sekitar 70% rakyat Malaysia akan divaksin sebelum berakhirnya 2021. Kerajaan akhirnya mengumumkan kos untuk memvaksinkan rakyat Malaysia semalam.

Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah berkata kerajaan membelanjakan RM2.05 bilion untuk memvaksin 26.5 juta rakyat Malaysia ketika menjawab soalan di Dewan Negara. Ini bermakna kos RM77.35 seorang. Pengumuman semalam menjawab beberapa persoalan yang mula diutarakan oleh oleh ramai mengenai kos kerana sebelum kerajaan memperuntukkan RM3 bilion ketika belanjawan 2021 untuk membeli vaksin.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd