Carian
FAA Mengetatkan Syarat Penerbangan Dron Di Amerika Menjelang 2023
December 29, 2020 Nazrin

Penerbangan dron ialah sebuah hobi yang rata-rata memperlihatkan peningkatan yang cukup tinggi sejak beberapa tahun yang lalu. Walaupun ia satu cara yang menarik untuk meluangkan masa secara riadah, penggunaan dron ini hadir dengan beberapa isu tersendiri, khususnya dari segi privasi.

Terkini, pihak Federal Aviation Authority di Amerika Syarikat telah memperkenalkan satu undang-undang baru untuk penerbangan dron ini, dimana bermula tahun 2022, semua dron yang dibangunkan dan mempunyai berat 0.25kg harus hadir dengan sistem cip pengesanan lokasi untuk dron dan juga pengawal dron sebelum ia dibenarkan terbang di mana-mana lokasi.

Cip pengesanan ini, yang dinamakan Remote ID diwajibkan dipasang di semua dron-dron yang dibangunkan pada tahun 2022 keatas, dimana cip ini boleh mengetahui lokasi dron dan penerbang, ketinggian dan kelajuan dron apabila ia diterbangkan.

Bermula 2022 juga, pihak FAA mengharamkan penerbangan dron yang tidak mempunyai cip Remote ID ini, walaupun pada dron lama, tidak kira jenis dron, dan lokasi yang ia akan diterbangkan, samada di kawasan luar ataupun dalam.

Walaupun begitu, pihak FAA juga telah mengumumkan lokasi FAA-Recognized Identification Area dimana pemilik dron boleh menerbangkan dron-dron lama mereka. Lokasi ini masih tidak wujud lagi, tetapi akan diumumkan oleh mereka kelak apabila Remote ID ini diperkenalkan.

Komen