Carian
Kerajaan Mengumpul Sebanyak RM428 Juta Dalam Cukai Perkhidmatan Digital Sepanjang 2020
December 29, 2020 Nazrin

Pada awal tahun ini, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Cukai Perkhidmatan Digital untuk mengenakan cukai kepada pelbagai perkhidmatan atas-talian yang diperkenalkan di negara ini.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Abdul Rahim Bakri mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia telah mengumpul cukai sebanyak RM428.07 juta sepanjang tahun ini.

Beliau mengatakan lagi bahawa cukai telah dikutip oleh syarikat-syarikat teknologi seperti Amazon, Facebook, yang juga mengendali WhatsApp dan Instagram, dan juga permainan-permainan mudah-alih melalui pembelian dalam aplikasi yang dilakukan oleh pemain-pemain permua tempatan.

Menariknya, Datuk Abdul Rahim Bakri mengatakan lagi bahawa cukai yang dikutip ini bukan hanya daripada syarikat-syarikat teknologi dan atas-talian tempatan, tetapi juga mereka yang berpengkalan di luar negara, dan cara pengutipan cukai digital ini akan terus diperhalusi untuk memastikan ia baik untuk kerajaan dan juga syarikat-syarikat ini.

Komen