Carian
GIGABYTE Vision Drive SSD 1TB Diperkenalkan – Storan Dengan Kelajuan 2GB/s Pada Harga RM850
December 29, 2020 Nazrin

Jika anda sedang mencari storan SSD luaran yang mempunyai kadar pembacaan dan penghantaran data yang pantas, GIGABYTE Malaysia baru-baru ini memperlihatkan pilihan storan SSD mereka yang terbaru, iaitu GIGABYTE Vision Drive SSD 1TB.

Siri GIGABYTE Vision sebelum ini boleh dilihat melalui pilihan siri papan induk dan kad grafik mereka, tetapi kini ia telah dilanjutkan kepada pilihan untuk storan SSD luaran.

Dari segi rekaan, storan Vision Drive SSD ini hadir dengan rangka luaran berwarna putih dan hitam dengan sistem penyejukan terbina didalamnya yang diperbuat daripada aluminum yang disaluti dengan butiran nanokarbon yang membantu cip storan mengekalkan suhu optimum apabila ia beroperasi.

Dari segi I/O, GIGABYTE Vision Drive SSD 1TB ini menggunakan USB 3.2 Gen2x2 yang menjanjikan kadar pembacaan dan penulisan data setinggi 2GB/s. Seperti yang tertera pada namanya, Vision Drive SSD 1TB ini juga hadir dengan pilihan storan 1TB.

Menurut GIGABYTE Malaysia, storan SSD GIGABYTE Vision Drive SSD 1TB ini sudahpun tiba di pasaran tempatan untuk harga RM850 melalui kedai-kedai pengedar komponen dan aksesori GIGABYTE di seluruh Malaysia.

Komen