Canon Mungkin Bakal Hadir Dengan Penawaran Alternatif DJI Osmo Pro Tersendiri

Canon Mungkin Bakal Hadir Dengan Penawaran Alternatif DJI Osmo Pro Tersendiri

Diterbitkan pada Dis 29, 2020 oleh .

Canon merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dalam arena fotografi. Menariknya, terbaru Canon dilihat telah melakukan pendaftaran paten untuk sebuah produk –  yang dilihat menawarkan produk gimbal seumpama DJI Osmo Pro.

Daripada gambar paten yang didaftarkan, Canon dilihat menggunakan panel paparan yang sedikit besar berbanding yang lain dipasaran, selain alat kawalan dan juga lensa yang boleh digantikan.

Dengan permintaan tinggi dalam merakamkan video bersama penstabilan, permintaan  untuk produk ini semakin meningkat dari hari ke hari. Apatah lagi dengan ledakan arena media sosial, ramai yang mendokumenkan gerakan dan kehidupan seharian.

Buat masa ini, ia hanya sekadar pemfailan paten sahaja. Tidak diketahui lagi sama ada Canon akan memperkenalkan produk ini secara rasminya atau tidak.


Paling Popular