Carian
Fujifilm Menghasilkan Pita Magnetik Dengan Kapasiti 580 Terabyte
December 29, 2020 Effi Saharudin

Pita magnetik telah wujud sejak 1928 untuk menyimpan audio, video dan data. Dengan jumlah data yang dikumpul semakin meningkat, medium simpanan berkapasiti besar dan tahan lama amatlah diperlukan. Fujifilm dan IBM Research telah mengumumkan kejayaan membangunkan storan pita magnetik yang berkapasiti 580 Terabyte.

Ini adalah peningkatan dari kapasiti tertinggi sebelum ini 330 TB. Dengan kapasiti 580 TB, ia boleh memuatkan data 120,000 DVDs dan 786,977 CD di dalam kartrij sebesar telapak tangan. Sekiranya cakera padat digunakan untuk menyimpan jumlah data yang sama, ia perlu disusun setinggi 944 meter.

Kapasiti tinggi dapat dicapai dengan menggunakan bahan Strontium Ferrite (SrFe) yang lebih baik berbanding Barium Ferrite (BaFe). Selain kepadatan data yang lebih tinggi sehingga 317GB setiap inci persegi, data yang disimpan juga boleh bertahan sehingga 30 tahun.

Komen