LG Akan Memperkenalkan Siri Televisyen QNED 8K Yang Menggunakan Mini LED Di CES 2021
LG

LG Akan Memperkenalkan Siri Televisyen QNED 8K Yang Menggunakan Mini LED Di CES 2021

Diterbitkan pada Dis 29, 2020 oleh .

LG ialah sebuah jenama yang cukup terkenal untuk mereka yang gemar mengambil tahu tentang teknologi paparan dan televisyen yang terkini.

Terkini, LG telah mengumumkan bahawa mereka akan memperlihatkan siri televisyen terbaru mereka yang dinamakan LG QNED yang menggunakan teknologi panel LCD yang penggunakan teknologi Mini LED.

Terdiri daripada sejumlah 10 model, siri televisyen LG QNED ini akan hadir dengan paparan Mini LED yang mempunyai pilihan resolusi 4K dan 8K, dan saiz paparan sebesar 86 inci.

Walaupun menggunakan panel LCD, oleh kerana ia juga hadir dengan teknologi Mini LED ini, ia akan hadir dengan kualiti pencahayaan yang lebih baik berbanding dengan panel-panel bukan OLED mereka yang lain.

Model 86 inci televisyen LG QNED ini juga dilengkapi dengan 30,000 lampu Mini LED dan 2500 zon malap yang menjanjikan warna putih yang paling cerah dan juga warna hitam yang cukup gelap sekali.

Dari segi ciri, selain daripada resolusi sehingga 8K, siri televisyen QNED ini juga menyokong kadar segar semula setinggi 120Hz, sokongan teknologi paparan HDR, dan pengolahan warna yang sangat tepat, khususnya unuk sebuah televisyen yang masih lagi menggunakan sebuah panel LCD.

Butiran lanjut mengenai televisyen LG QNED ini akan diketahui kelak sewaktu acara CES 2021 nanti.


Paling Popular