Cari @ Amanz

LG adalah jenama yang kita jarang dengar di Malaysia kalau berkaitan dengan telefon pintar. Audio pun baru-baru ini sahaja mereka mula jual secara rasmi seperti LG Tone Free. Tetapi barangan lain seperti televisyen atau perkakasan elektrik lain pasti ramai akan kenal. Bagaimana dengan robot?

LG turut mempunyai produk robot tersendiri. Terkini yang akan dilancarkan di CES 2021 (acara digital), LG telah memperkenalkan robot bergerak yang memancar cahaya UV. Sasaran LG dengan robot ini adalah untuk membasmi kuman di kawasan yang ramai orang menyentuh, kedai-kedai yang sesak dengan pengunjung atau boleh juga di hospital.

Robot ini mempunyai roda dan bergerak secara automatik. Disebabkan ia bergerak dan mempunyai roda, pergerakannya adalah seakan robot vakum yang boleh bergerak keliling meja, kerusi atau apa jua perabot. Robot ini turut akan bergerak selama 15 minit sehingga 30 minit dalam satu pengecasan untuk membasmi kuman.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd