Berita Penamatan WhatsApp Untuk Peranti Usang Adalah Berita Lama, Masih Boleh Guna Jikalau Sedia Gunakannya Hari Ini

Berita Penamatan WhatsApp Untuk Peranti Usang Adalah Berita Lama, Masih Boleh Guna Jikalau Sedia Gunakannya Hari Ini

Diterbitkan pada Dis 29, 2020 oleh .

Sejak sehari dua kebelakangan ini, kita telah melihat beberapa media melaporkan yang mana WhatsApp akan menamatkan sokongan untuk beberapa telefon Android dan juga iPhone. Untuk makluman, perkara berkenaan bukan sesuatu yang baru, tetapi telah dimaklumkan WhatsApp sejak 2019 yang lepas.

Bagi anda yang sedia menggunakan WhatsApp pada telefon Android dan iPhone anda hari ini, anda masih boleh terus menggunakannya.

Seperti ramai sedia maklum, pada Disember 2019 lepas, WhatsApp telah memaklumkan mereka akan menamatkan sokongan untuk iOS8 dan ke bawah, serta Android Gingerbread ke bawah bermula 1 Februari 2020.

Ini sekaligus meningkatkan keperluan untuk penggunaan sistem operasi peranti, iaitu memerlukan iOS 9 dan terbaru, atau Android 4.0.3 dan terbaru. Perubahan ini telah diimplementasi sejak bulan Februari lepas.

Jadi, jikalau anda sedia menggunakan WhatsApp pada telefon  anda hari ini, maka anda masih boleh terus menggunakannya seperti biasa pada tahun 2021 kelak – sehingga WhatsApp mengumumkan penamatan sokongan untuk sistem operasi lama.

Apa pun, seperti biasa, anda dinasihatkan untuk mengemaskini sistem operasi anda ke versi terkini supaya tidak menjadi mangsa sekuriti.

Sebelum ini, Apple iOS 9 telah diperkenalkan pada tahun 2015 yang lepas, sementara Android 4.0.3 pula telah diperkenalkan pada Disember 2011 yang lepas.


Paling Popular