Cari @ Amanz

Oppo Reno5 Bakal Ke Pasaran Malaysia Pada Januari 2021 Ini

Oleh Aman

Link Copied!

Oppo Malaysia kini mengesahkan kepada kami, mengatakan Oppo Reno5 bakal ke pasaran Malaysia pada Januari 2021 kelak.

Oppo Reno5

Oppo Reno5 sebelum ini telah diperkenalkan di China pada awal Disember lepas. Ia hadir dengan skrin 6.43-inci OLED dengan kadar segar semula 90Hz, dijana cip Snapdragon 765G, serta sokongan bateri 4300mAh dengan pengecasan pantas 65W.

Oppo Reno5

Ia turut menggunakan empat kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel, dan pihak Oppo turut menekankan ciri rakaman gambar ketika waktu malam melaluinya.

Oppo Reno5

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh pelancaran dan harga jualan Oppo Reno5 ini di Malaysia tidak lama lagi.


Komen ()