Vivo X60 Pro Plus Bakal Hadir Pada Januari Dengan Cip Snapdragon 8xx, Kamera Lebih Baik

Vivo X60 Pro Plus Bakal Hadir Pada Januari Dengan Cip Snapdragon 8xx, Kamera Lebih Baik

Diterbitkan pada Dis 29, 2020 oleh .

Bersama-sama dengan pengumuman siri Vivo X60 hari ini, pihak Vivo turut mengumumkan mereka bakal memperkenalkan satu lagi peranti dibawah siri Vivo X60, iaitu Vivo X60 Pro+

Telefon pintar ini bakal diperkenalkan pada penghujung Januari 2021 kelak.

Telefon pintar yang lebih berkuasa ini diacah bakal menggunakan cip Snapdragon siri 8xx. Ia tidak diketahui lagi sama ada ia akan menggunakan cip Snapdragon 888 seperti Xiaomi Mi 11 atau sebaliknya.

Pada masa yang sama, Vivo turut mengatakan ia akan menyertakan kamera lebih berkuasa, disamping satu lagi kejutan ciri bersama-sama dengannya.

Sama-sama kita nantikan bulan Januari ini untuk melihat kejutan yang disediakan oleh Vivo ini.


Paling Popular