Cari @ Amanz

Panasonic Malaysia kini telah menambah penawaran sejumlah kipas siling baru untuk pasaran tempatan, yang mana hadirnya dengan sokongan integrasi WiFi.

Kipas siling Panasonic ini hadir dalam dua variasi, iaitu tiga bilah bersaiz 48-inci, atau 5 bilah bersaiz 60-inci.

Versi paling asas hadir dengan sokongan kawalan menggunakan aplikasi dan WiFi, ditawarkan pada harga RM849. Disamping itu, sekiranya anda inginkan kipas dengan sokongan pencahayan LED, ia ditawarkan pada harga RM949.

Versi lima bilah pula ditawarkan  bermula RM999, sementara dengan sokongan pencahayaan LED pula ditawarkan pada harga RM1049.

Melalui kipas siling baru ini, ia memudahkan pengguna mengawal kadar kesejukkan dalam bilik dengan mudah melalui aplikasi, disamping pada masa yang sama mengawal pencahayaan (untuk beberapa model).

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran kipas siling terbaru Panasonic ini hari ini melalui laman rasmi mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd