Cari @ Amanz

Vivo Malaysia dilihat menutup tirai tahun 2020 dengan menawarkan sebuah lagi peranti baharu buat pengguna tempatan. Dikenali sebagai Vivo Y20 2021, ia telah ditawarkan pada harga RM599 untuk seunit. Buat pengetahuan semua, Vivo Y20 2021 berkongsi spesifikasi yang sama dengan Vivo Y20 yang dilancarkan sebelum ini.

Cuma bezanya pada sokongan cip pemproses, antaramuka dan pilihan warna. Di mana, Vivo Y20 2021 menggunakan cip pemproses MediaTek Helio P35 dan antaramuka Funtouch OS 11 . Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi sejumlah platform berbeza termasuk kedai atas talian Vivo. Terdapat dua pilihan warna yang boleh dipilih iaitu Nebula Blue dan Dwan White.

Untuk spesifikasi, Vivo Y20 2021 mempunyai skrin bersaiz 6.51-inci IPS LCD HD+, memori 4GB RAM, storan dalaman 64GB dan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 10W (microUSB). Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 13-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel. Sementara, kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd