Cari @ Amanz

Smart Selection adalah fungsi yang eksklusif hadir pada Android 9 ke atas dan dilihat setakat ini hanya ada pada peranti Pixel atau peranti Andorid dengan custom ROM Pixel Experience. Fungsi ini membenarkan pengguna memilih, menyalin, menterjemah, terus membuka Google Maps, terus membuat panggilan telefon dari teks yang dipilih dan banyak lagi. Fungsi ini boleh digunakan pada recent apps sahaja, yang mana memudahkan lagi tugasan pengguna.

Terkini, Android dilihat telah mula mengemaskini kemampuan Smart Selection ini dengan kebolehan mengubah unit mata wang dengan pantas. Pengguna hanya perlu pilih teks mata wang dengan unit dan akan ada menu biasa muncul untuk salin, kongsi dan cari. Biasanya dalam menu ini ada pilihan Translate, Chrome, Maps, dan tiada pilihan Convert yang mana baru muncul baru-baru ini. Tekan sahaja Convert ia akan membuka Google Chrome dengan mata wang dan unit dipilih tadi diubah kepada unit mata wang yang diingini.

Sumber: Android Police, melalui XDA

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd