Cari @ Amanz

Xiaomi Malaysia hari ini dilihat berkongsi sebuah entri menerusi laman Facebook yang memberi bayangan bahawa mereka bakal hadir dengan peranti baharu lagi. Xiaomi bagaimanapun dilihat tidak secara terang-terangan berkongsi mengenainya.

Sebaliknya, mereka mengadakan peraduan ringkas buat peminat setia dengan menawarkan hadiah istimewa berupa 10 unit model terbaru Redmi yang tidak didedahkan nama modelnya untuk dimiliki.

Rentetan daripada ini, kita boleh menyasarkan mereka dalam perancangan untuk penawaran sebuah lagi peranti untuk pasaran tempatan. Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan mengenai nama model. Tetapi, poster acah dikongsi memperlihatkan rekaan modul kamera utama seakan yang terdapat pada Redmi 9 Power. Ditambah lagi dengan penggunaan tanda tagar #PowerUp juga seakan menguatkan lagi spekulasi ini.

Akan tetapi, ia masih satu spekulasi awal sahaja. Ini disebabkan, terdapat juga kemungkinan ia tidak dikenali sebagai Redmi 9 Power apabila dilancarkan kelak. Tetapi, mungkin penjenamaan lain iaitu Redmi 9T seperti yang digembar-gemburkan.  

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkongsian lebih lanjut daripada pihak Xiaomi Malaysia. Sebelum terlupa, kepada anda yang berminat untuk sertai peraduan ini, ia berlangsung bermula hari ini – 7 Januari 2021 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd