Google Assistant Kini Boleh Menyanyikan Lagu Tahun Baru Dengan Harapan 2021 Adalah Tahun Yang Lebih Baik

Diterbitkan pada Dis 30, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Assistant adalah pembantu digital yang sangat pintar. Ia boleh menjawab banyak soalan pengguna, boleh paparkan infografik, boleh bantu kawal peranti berhubung dan banyak lagi. Perkara menarik dengan Google Assistant ini adalah, ia boleh membuat lawak jenaka, bermain permainan interaktif atau juga boleh menyanyi.

Terkini, sempena tahun 2020 yang sudah hampir tamat – Google Assistant kini boleh menyanyikan lagu tahun baru 2021. Liriknya sedikit mengejek mengenai apa yang berlaku pada tahun 2021 dan Google Assistant turut mengharapkan tahun 2021 adalah tahun yang lebih baik. Tidak lupa juga, Google Assistant turut menyanyikan dengan lirik mengingatkan pengguna yang Google sentiasa ada untuk tujuan pengguna membuat carian.

Nyanyian lagu tahun baru ini dilihat boleh digunakan oleh semua orang, tidak kira pada telefon atau pada peranti berhubung. Kami cuba pada Google Nest Hub dan Pixel 4 XL, ia dilihat berfungsi dengan baik sekali dan lancar. Tetapan kami adalah bahasa Inggeris Amerika Syarikat, yang mana beberapa pengguna laporkan versi Inggeris United Kingdom mempunyai suara yang lebih enak.

Jika anda ingin cuba, seru sahaja Google Assistant dengan kata-kata seperti “Hey Google, sing the new year song” atau yang seangkatan dengannya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami