CONNECTme NOW Kini Mempunyai 1000 Pemasangan Satelit Di Kawasan Pedalaman Malaysia

CONNECTme NOW Kini Mempunyai 1000 Pemasangan Satelit Di Kawasan Pedalaman Malaysia

Diterbitkan pada Dis 30, 2020 oleh .

CONNECTme NOW ialah perkhidmatan jalur lebar satelit prabayar yang dibangunkan oleh syarikat pembekal telekomunikasi tempatan CONNECTme oleh MEASAT yang memfokuskan kepada penduduk Malaysia di kawasan luar bandar dan pedalaman.

CONNECTme NOW menggunakan teknologi satelit Very Small Aperture Terminal (VSAT) dan High Throughput Satelite (HTS) untuk memancarkan isyarat jalur lebar ke penduduk Malaysia yang sukar untuk ditembusi oleh syarikat-syarikat telekomunikasi lain oleh kerana faktor geografi dan juga sosiopolitikal.

Penawaran CONNECTme NOW lebih baik berbanding dengan pelan-pelan jalur lebar kerana ia hanya menawarkan pelan pra-bayar dimana pengguna hanya perlu membayar apa yang digunakan mereka setiap bulan tanpa perlu membuat sebarang pembayaran pendahuluan.

Terkini, CONNECTme NOW mengatakan bahawa mereka telahpun memasang piring satelit ke-1000 mereka di Data Kakus di Sarawak. Dengan ini, CONNECTme NOW mengatakan bahawa mereka telah berjaya menyambungkan 100,000 pelanggan baru yang menetap di luar kawasan 4G ataupun jalur lebar yang lain dengan menawarkan sambungan internet dengan kelajuan internet 30Mbps.

Syarikat induk CONNECTme, MEASAT kini sedang dalam proses membangunkan satelit MEASAT 3d yang akan dilancarkan untuk memastikan 100 peratus daripada kawasan luar bandar dan pedalaman di Malaysia mendapat sambungan intetnet mudah-alih 4G.

Pelancaran satelit ini juga dijangka menjanjikan kelajuan data sepantas 100Mbps untuk rakyat di kawasan-kawasan tersebut.



Paling Popular