Carian
Google Menguji Carian Yang Memperlihatkan Kandungan Video Ringkas Dari TikTok Dan Instagram
December 30, 2020 Nazrin

Google boleh dikatakan enjin carian maklumat paling berkuasa di dunia hari ini dimana anda boleh mencari pelbagai jenis maklumat daripadanya.

Google kini dilihat menguji ciri carian baru, dimana mereka akan memaparkan carian video ringkas daripada platform-platform video ringkas popular seperti Instagram dan juga TikTok, yang dinamakan Short Videos.

Ini membolehkan pengguna menggunakan carian Google untuk mencari kandungan video ringkas tanpa perlu membuka satu-satu aplikasi terlebih dahulu, kerana semua kandungan-kandungan ini akan disenaraikan dibawah kategori Short Videos melalui Google.

Ciri ini dikatakan masih lagi sedang berada dalam fasa ujian kerana tidak semua kata carian akan mengeluarkan pilihan kategori ini, tetapi ia nampaknya sudahpun boleh mula diakses oleh orang ramai.

Sebagai contoh, jika anda menggunakan peranti Android anda untuk mencari maklumat mengenai “Green Bay Packers”, anda hanya perlu menatal skrin anda kebawah sedikit untuk melihat kandungan Short Videos ini.

Menurut laporan TechCrunch, selain daripada TikTok dan Instagram, carian ini juga merangkumi platform video ringkas yang lain seperti Tangi, Trell dan juga YouTube. Ia dijangka akan hadir secara lebih meluas dalam masa terdekat ini.

Komen