Shopee kini mengumumkan kerjasama bersama pihak Tourism Malaysia dan juga Persatuan Hotel Malaysia, sekaligus menawarkan halaman khusus dinamakan sebagai “Jom Cuti-Cuti Malaysia”.
Melalui laman setempat ini, Shopee menyediakan penawaran pelbagai pakej percutian domestik, selain memudahkan pengguna membeli penginapan dan juga pakej percutian.
Menariknya, selari pelancaran ini, beberapa promosi menarik turut ditawarkan melalui Shopee. Pembeli akan dapat menebus e-baucar RM50 dengan pembelian penginapan minima tiga hari dua malam di hotel satu hingga tiga bintang, atau e-baucar RM100 dengan pembelian penginapan minima tiga hari dua malam di hotel empat dan lima bintang di seluruh negara.
18,750 pembeli terawal juga akan menikmati baucar tambahan RM20.
Dengan langkah ini, ia dilihat mungkin akan dapat merancakkan kembali arena pelancongan dan perhotelan domestik – apatah lagi sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuat-kuasa yang memberi impak tinggi terhadap sektor ini.
- Info
- Shopee : Jom Cuti-Cuti Malaysia