Xiaomi telah pun memperkenalkan telefon mercu terbaru mereka, Mi 11 untuk pasaran China, dan pelancaran pasaran global dijangka menyusul tidak lama lagi. Selain daripadanya, Xiaomi juga dijangka memperkenalkan sebuah telefon boleh-lipat pada awal 2021 kelak.
Mengikut desas-desus terbaru yang hadir, Xiaomi diperkatakan bakal memperkenalkan telefon boleh-lipat mereka seawal suku pertama 2021 kelak. Ini bermakna kita akan melihat penawaran Xiaomi dalam arena peranti boleh-lipat ini selewatnya pada Mac 2021.
Dengan penyertaan Xiaomi dalam arena ini, kita mungkin melihat penawaran harga yang lebih kompetitif – dan memudahkan lagi pengguna mendapatkan dan menikmati penawaran teknologi terbaru ini.
Pada hari ini, telefon boleh-lipat ditawarkan pada harga mencapai RM8,000 – yang mana agak tinggi bagi ramai pengguna. Sama-sama kita nantikan penyertaan Xiaomi, dan berharap agar harga penawarannya kompetitif dan rendah berbanding yang lain.