Apple AirPods Baharu Mungkin Ditawarkan Dalam Dua Saiz Berbeza

Apple AirPods Baharu Mungkin Ditawarkan Dalam Dua Saiz Berbeza

Diterbitkan pada Dis 31, 2020 oleh .

Selepas dua tahun dilancarkan, giliran AirPods pula akan dikemaksini. Terdapat ura-ura AirPods Pro dan AirPods 3 kelak akan dilancarkan. Kini dua litar yang didakwa akan digunakan pada fon telinga nirwayar terkini ini telahpun tertiris menunjukkan dua saiz berbeza.

Ini memberikan kemungkinan AirPods 3 akan bersaiz lebih kecil berbanding AirPods Pro baharu. Sebelum ini kami melaporkan AirPods 3 akan menggunakan rekan seperti AirPods Pro tetapi tanpa sokongan pembatalan hingar. Rekaan terbuka yang digunakan sejak sekian lama tidak lagi akan diteruskan.

Sebagai fon telinga nirwayar paling popular di pasaran, rekaannya telah menjadi inspirasi kepada pelbagai TWS lain di pasaran walaupun pada awalnya menjadi bahan jenaka.


Paling Popular