Cari @ Amanz

Selamat datang ke hari terakhir tahun 2020 yang cukup mencabar. Dengan tahun 2021 hanya menanti untuk bermula, pasti ramai telah menyimpan iltizam untuk menjadikannya tahun yang lebih daripada yang sebelumnya. Tetapi dengan wabak Covid-19 masih lagi mengganas, sambutan perayaan tahun baru tidak dapat dilakukan di dunia sebenar. Maka sambutan secara atas talian boleh anda lakukan.

Google

Sempena hari ini menjadi ambang kepada tahun 2021, Google Doodle khas untuk memperingatinya telah diterbitkan di laman Google Search. Doodle beranimasi ini akan memberikan carian untuk ambang tahun baru apabila ditekan. Terdapat ikon pada bahagia atas skrin yang apabila ditekan akan menghujani konfeti pada skrin peranti. Anda boleh mencubanya sekarang. Selamat tahun baru kepaa semua pembaca Amanz.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd