Cari @ Amanz

Apple kini dilihat telah memfailkan paten baru, memperlihatkan mereka mungkin menambah sokongan multi-akaun untuk peranti mudah-alih mereka.

Langkah ini  semestinya diminati ramai – terutamanya ibubapa yang mempunyai anak yang sering menggunakan peranti mmilik ibu  bapa, sekaligus mengasingkan penggunaan.

Apa pun, cabaran yang akan didapati adalah  menyulitkan storan akaun berkenaan mengikut pengguna. Melalui paten ini, Apple melihat untuk menawarkan sekuriti dengan mengasingkan storan mengikut pengguna dan menyulitkannya.

Buat masa ini, ia hanya pemfailan paten sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah ciri  ini akan diperkenalkan kepada pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd