OnePlus Dijangka Hadir Dengan Gelang Tangan Pintar OnePlus Band – Menyaingi Xiaomi Mi Band

OnePlus Dijangka Hadir Dengan Gelang Tangan Pintar OnePlus Band – Menyaingi Xiaomi Mi Band

Diterbitkan pada Dis 31, 2020 oleh .

OnePlus sedia diperkatakan bakal hadir dengan jam tangan pintar berasaskan WearOS pada awal 2021 kelak. Selain daripadanya, kini hadir laporan baru mengatakan OnePlus turut akan memperkenalkan satu lagi produk dibawah ekosistem mereka, iaitu sebuah gelang tangan pintar.

Mungkin dinamakan sebagai OnePlus Band, gelang tangan pintar ini turut dijangka menawarkan harga yang sangat kompetitif, dan menyaingi Xiaomi Mi Band.

OnePlus Band ini dijangka akan menyasarkan segmen peranti mampu-milik – melengkapkan penawaran Nord sebelum ini.

Gelang tangan pintar ini dijangka dilengkapi  dengan sokongan kalis air, skrin AMOLED, dan ketahanan bateri  yang lama.

OnePlus diperkatakan bakal memperkenalkannya pada awal 2021 kelak. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkenaan dengan penawaran OnePlus ini.



Paling Popular