Honor V40 Akan Menggunakan Cip MediaTek Dimensity 1000+

Honor V40 Akan Menggunakan Cip MediaTek Dimensity 1000+

Diterbitkan pada Dis 31, 2020 oleh .

Pelancaran Honor V40 amatlah dinantikan kerana ia menjadi peranti pertama mereka selepas tidak lagi di bawah payung Huawei. Terdapat spekulasi mereka akan menggunakan cip Snapdragon tetapi markah penanda aras yang tertiris menunjukkan ia akan menggunakan cip MediaTek.

Markah penanda aras GameBench yang tertiris mengesahkan V40 akan dilengkapi GPU ARM Mali-G77 MC9 yang digunakan pada MediaTek Dimensity 1000+. Cip paling mercu keluaran MediaTek ini turut membawakan sokongan rangkaian 5G. Selain itu ujian turut mengesahkan ia menyokong sekurang-kurangnya skrin dengan kadar semula 90Hz.

Walaupun tidak lagi bersama Huawei, imej pengolokan tertiris mengesahkan V40 mempunyai rekaan yang mirip Mate 40 seperti bonggol kamera bulat dan juga skrin melengkung air terjun.



Paling Popular