Cari @ Amanz

Pihak Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dibawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini mengeluarkan amaran berhubung ancaman serangan serta pencacatan laman-laman sesawang organisasi Malaysia.

Kempen serangan ini dilihat hadir disebabkan oleh perkembangan terbaru berkaitan sebuah  video parodi sensitif menyentuh negara jiran. Serangan yang dianjurkan adalah dalam bentuk defacement dan juga DDoS. Kempen serangan ini dijangka akan diteruskan sehingga 5 Januari 2021.

Selari dengannya, SKMM kini menasihatkan organisasi, termasuk pentadbir sistem dan laamn sesawang agar berwaspada terhadap ancaman serangan ini, serta mengambil langkah mengukuhkan dan mengemaskini perlindungan keselamatan aset ICT sedia ada, selain memantau akses yang mencurigakan terhadap aset-aset ICT.

Sekiranya terdapat sebarang aktiviti mencurigakan, anda boleh membuat laporan kepada pihak NACSA.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd