Samsung Galaxy S20 FE Di Malaysia Mula Menerima Kemaskini One UI 3.0

Diterbitkan pada Dis 31, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Malaysia kini dilihat telah mula menawarkan kemaskini sistem operasi terbaru untuk pengguna telefon pintar Samsung Galaxy S20 FE 5G di Malaysia.

Kemaskini ini bersaiz sekitar 2GB, dan menawarkan sejumlah perkara baru. Perkara paling utama adalah penggunaan sistem operasi Android 11 yang terkini bersama-sama sejumlah pengoptimasian prestasi, kawalan privasi ditambah-baik, serta sekuriti dan ditambah-baik.

Bagi anda yang menggunakan Galaxy S20 FE, boleh menyemak kemaskini baru ini pada telefon pintar anda hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami