Kerajaan Akan Lancarkan Dasar Digital Negara Pada Suku Pertama 2021 – Penumpuan Khusus Pada 5G

Diterbitkan pada Dis 31, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perdana Menteri Malaysia hari ini mengumumkan kerajaan bakal melancarkan Dasar Digital Negara pada suku pertama 2021 kelak.

Kerajaan turut mengumumkan yang mana Dasar Digital Negara ini turut akan memberikan penumpuan khusus kepada pembangunan sistem rangkaian 5G. Sebelum ini, ia pernah diumumkan yang mana 5G mungkin diimplementasi sekitar 2022 atau 2023 kelak kepada umum, dan akan lebih memfokuskan industri terlebih dahulu.

Seperti ramai sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan telah mempercepatkan pelbagai usaha digitalisasi – meningkatkan kadar penggunaan, dan implementasinya dalam arena perniagaan.

Sama-sama kita nantikan awal tahun 2021 kelak untuk mengetahui lanjut berkenaan dengan Dasar Digital Negara ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami