Samsung Hadir Dengan Video Acah Pertama Untuk Galaxy S21
January 1, 2021
Samsung
Aman
Samsung kini telah pun menerbitkan video acah pertama, memperlihatkan mereka bakal memperkenalkan Galaxy S21 secara rasminya tidak lama lagi.
Melalui video acah yang dikongsikan, Samsung memperlihatkan perkembangan siri Galaxy S daripada generasi pertama ke Galaxy S20 – dan seterusnya mengakhirinya dengan mengatakan Galaxy baru menanti.
Mengikut desas-desus, Samsung dijangka memperkenalkan telefon pintar mercu terbaru ini pada 14 Januari kelak.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan perkongsian Samsung untuk telefon mercu mereka ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.