Carian
Gambar Awal Diperkatakan Huawei P50 Pro Hadir Ke Arena Web
January 1, 2021 Aman

Dengan pelbagai kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh Huawei, semestinya ramai yang menantikan apakah  seterusnya daripada syarikat gergasi China berkenaan dari segi penawaran telefon pintar mercu. Terbaru, hadir gambar tertiris daripada @OnLeaks, memperlihatkan rekaan awal untuk Huawei P50 Pro.

Melalui gambar yang dikongsikan, ia memperlihatkan rekaan skrin hadapan untuk telefon Huawei P50 Pro.

Telefon ini masih menggunakan rekaan kamera pada bahagian lubang di skrin, selain menawarkan skrin bersaiz sekitar 6.6-inci. Ia tidak lagi menawarkan dwi-kamera hadapan  seperti generasi sebelum ini.

Huawei P50 juga dilihat menawarkan rekaan nirbingkai, disamping bahagian tepi yang sedikit melengkung.

Seperti  biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan dengan  Huawei P50 Pro ini.

Komen