‘Transporter’ Diperkenalkan – Sebuah Lagi Perkhidmatan Penghantaran Di Malaysia

‘Transporter’ Diperkenalkan – Sebuah Lagi Perkhidmatan Penghantaran Di Malaysia

Diterbitkan pada Jan 1, 2021 oleh .

Pengguna Malaysia kini mempunyai satu lagi pilihan untuk perkhidmatan penghantaran menerusi pengenalan Transporter. Ia dilancarkan oleh CabCar Sdn Bhd dan menawarkan perkhidmatan e-hailing serta penghantaran atas permintaan. Melaluinya, syarikat ini menyasarkan untuk memberi perkhidmatan dengan harga berpatutan tanpa sebarang bayaran tersembunyi.

Buat masa ini, perkhidmatan transporter sudah mula beroperasi di sekitar Lembah Klang dan ia akan diperluaskan lagi ke Sabah serta Sarawak kelak. Turut difahamkan, sebanyak 150 peniaga telah tersenarai buat masa ini dan ia disasarkan meningkat sekitar 500 peniaga menjelang akhir Februari kelak. Bagi yang berminat, aplikasi perkhidmatan ini kini boleh didapati menerusi App Store dan Google Play.

Muat turun Google Play : Transpoter

Muat turun App Store: Transporter



Paling Popular