Cari @ Amanz

Arena bank digital merupakan salah satu arena kewangan yang sedang dilihat oleh pelbagai pihak – bukan sahaja pihak bank dan syarikat kewangan, tetapi juga syarikat teknologi seperti Grab dan lain-lain.

Terbaru, Bank Negara Malaysia telah pun mengeluarkan dokumen dasar rangka kerja pelesenan bagi Bank Digital di Malaysia.

Seperti ramai sedia maklum, melalui lesen ini, ia akan memberikan kebenaran untuk mengoperasi bank digital dengan penawaran sejumlah perkhidmatan kewangan kepada para pengguna.

BNM mengatakan permohonan untuk menjalankan perbankan digital boleh dikemukakan selewatnya pada 30 Jun 2021 ini. Pihak BNM sendiri akan mempertimbangkan sehingga lima lesen untuk pemohon yang layak, dan pemberitahuan mengenai pemberian lesen ini akan dimaklumkan pada suku pertama 2022 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd