Carian
Mozilla Sedang Membangunkan Rekabentuk Antaramuka Baru Untuk Firefox
January 3, 2021 Aman

Mozilla kini dilaporkan sedang membangunkan antaramuka baru untuk pelayar web popular mereka, Firefox. Antaramuka baru ini dikatakan dikenali dengan nama kod “Proton”.

Untuk makluman, kali terakhir Firefox menerima perubahan antaramuka yang besar adalah pada Firefox 57 yang lepas, diperkenalkan pada November 2017. Ia telah tiga tahun lebih sejak antaramuka berkenaan digunakan.

MMengikut jadual pembangunan, rekabentuk “Proton” ini dijangka hadir seawal pertengahan tahun ini. Apa pun, seperti biasa, ia masih bergantung kepada latar masa pembangunan, fasa ujian dan sebagainya.

Antaramuka baru ini dijangka akan memberikan pengalaman penggunaan yang ditambah-baik, termasuk rekaan tab yang diberikan nafas baru, selain paparan menu dan sebagainya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkenaan pembangunan baru Firefox ini.

Komen