Lebih 1.4 Bilion Panggilan Suara Dan Video Dilakukan Melalui WhatsApp Pada Ambang Tahun Baru

Lebih 1.4 Bilion Panggilan Suara Dan Video Dilakukan Melalui WhatsApp Pada Ambang Tahun Baru

Diterbitkan pada Jan 3, 2021 oleh .

Tahun Baru 2021 menyaksikan sambutan yang berbeza berbanding kebiasaan. Jikalau sebelum ini terdapat kiraan ke tahun baru, selain perhimpunan dan sambutan, untuk 2021 ini ia berbeza disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan.

Disebabkan oleh itu, ia membuatkan orang ramai berhubung dan berkomunikasi secara atas-talian dalam menyambutnya dan menyampaikan ucapan.

Berkongsi mengenainya, Facebook mengatakan pada ambang tahun baru, WhatsApp menyaksikan lebih 1.4 bilion panggilan suara dan video dilakukan melalui platform berkenaan. Ini sekaligus mencatatkan angka panggilan tertinggi dalam sehari pada WhatsApp.

Jikalau dibandingkan, pada awal tahun 2020, angka berkenaan meningkat sebanyak 50%.

Bagi anda sendiri, bagaimanakah anda menyambut Tahun Baru 2021? Adakah anda turut melakukan panggilan melalui WhatsApp?



Paling Popular