Cari @ Amanz

OnePlus kini berkongsi lanjut berkenaan dengan perancangan pengenalan kemaskini OxygenOS 11 berasaskan kepada Android 11 untuk peranti-peranti mereka.

Bercakap mengenainya, OnePlus mengatakan bakal menawarkan kemaskini ini untuk model OnePlus 6 dan terkini.

OnePlus merancang memperkenalkan beta pertama untuk OnePlus Nord seawal minggu hadapan.

Selain itu, OnePlus turut sedang menguji beta tertutup untuk OnePlus 7 dan 7T, serta merancang memperkenalkan kemaskini OxygenOS 11 Open Beta untuk OnePlus 7 dan OnePlus 7T tidak lama lagi.

Kemaskini OxygenOS 11 berasaskan Android 11 turut dirancang untuk OnePlus 6 dan juga OnePlus 6T – yang mana pihak OnePlus mengatakan akan berkongsi lanjut mengenainya tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd