Rasmi : Samsung Menjadualkan Acara Unpacked Pada 14 Januari 2021 – Galaxy S21 Akan Datang

Diterbitkan pada Jan 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung hari ini secara rasminya mengesahkan akan mengadakan acara Unpacked mereka yang pertama untuk 2021 pada 14 Januari 2021 kelak. Samsung dijangka memperkenalkan siri Galaxy S21 pada acara berkenaan.

Acara Unpacked ini akan diadakan secara atas-talian, dan akan bermula pada pukul 11 malam, 14 Januari 2021.

Menariknya, Samsung Malaysia turut mengadakan sebuah promosi khas, menawarkan pengguna yang mendaftar minat antara hari ini sehingga 14 Januari 2021 di laman Samsung Malaysia – dan seterusnya membuat pra-tempahan untuk Galaxy S21, bakal menerima sebuah Galaxy Fit2 berharga RM179.

Daftar Minat : Samsung Malaysia Unpacked

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami