Carian
Samsung Bakal Memperkenalkan Storan SSD 870 Evo Dengan Pilihan Storan Sebesar 4TB
January 4, 2021 Nazrin

Storan digital boleh dikatakan diantara teknologi moden yang masih lagi sedang berkembang dengan pesat, khususnya apabila format penghantaran data seperti PCIe 4.0 sedang digunakan dengan meluas.

Walaupun begitu, pengguna masih lagi menggunakan storan SSD SATA untuk menyimpan data secara besar, kerana storan tersebut masih jauh lebih murah berbanding dengan storan yang menggunakan teknologi PCIe.

Oleh kerana itu, Samsung nampaknya masih lagi memperlihatkan storan SSD SATA ini, dimana ia dikatakan mereka akan memperkenalkan satu lagi siri storan baru dibawah nama Samsung 870 EVO yang hadir dengan pilihan storan sebesar 4TB.

Samsung dijangka akan menggunakan cip 3D TLC mereka, yang membolehkan mereka menawarkan storan SSD dalam konfigurasi storan yang sangat besar ini.

Menurut laporan WinFuture, storan Samsung 870 EVO ini akan mempunyai kelajuan pembacaan data sepantas 560MB/s dan penulisan data 530MB/s.

Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah SSD ini akan ditawarkan, dan juga harganya.

Komen