Carian
Xiaomi Menjadualkan Pengenalan Redmi 9T Di Malaysia Pada Minggu Hadapan
January 4, 2021 Aman

Lanjutan daripada perkongsian gambar acah sebelum ini, kini pihak Xiaomi Malaysia mengesahkan mereka akan melancarkan Redmi 9T untuk pasaran Malaysia secara rasminya pada 8 Januari 2021 ini.

Redmi 9T dijangka hadir dijana Snapdragon 662, menggunakan kamera utama 48-megapixel, serta bateri 6000mAh bersama-sama dengannya.

Info penuh berkenaan telefon pintar ini masih tidak diketahui lagi. Terdapat desas-desus mengatakan Redmi 9T hanya menawarkan rekaan seumpama Redmi 9 Power, tetapi menawarkan spesifikasi berbeza.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 8 Januari ini untuk mendengar lanjut berkaitan penawaran Redmi 9T di Malaysia.

Komen