Cari @ Amanz

Kerajaan kini hadir dengan sebuah kempen baru dinamakan “Kempen Penanaman 100 Juta Pokok”, selari dengan program penghijauan Malaysia. Kempen ini akan berlangsung bermula tahun ini sehingga 2025 kelak.

Dengan melaksanakan kempen ini, ia menyasarkan untuk mengekalkan kawasan hijau di seluruh negara, selain pada masa yang sama memelihara dan memulihara kawasan berhutan. Pada masa yang sama memastikan komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara dilitupi dengan kawasan berhutan dan pokok.

Selari dengan kempen ini, aplikasi khusus turut disediakan untuk pengguna Android dan iOS. Pengguna boleh memuat-naik maklumat pokok yang ditanam dan mendapatkan mata ganjaran untuk dituntut kelak. Pengguna juga turut boleh melihat data semasa dalam pencapaian penanaman 100 juta pokok di Malaysia ini. Data boleh direkodkan bermula 5 Januari 2021 ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd