Cari @ Amanz

Siapa yang tidak mengenali nama Jack Ma? Usahawan karismatik tersebut bertanggungjawab untuk pembangunan syarikat e-dagang Alibaba dan syarikat kewangan Ant Group boleh dikatakan diantara nama yang paling dikenali di dunia.

Terkini, beberapa laporan telah keluar mengatakan bahawa Jack Ma dikhuatiri hilang sejak dua bulan yang lalu, iaitu sekitar tarikh yang sama apabila Ant Group gagal mendapat kebenaran untuk memfailkan IPO oleh kerajaan China.

Ia turut dilaporkan bahawa kali terakhir Jack Ma dilihat ialah sebelum episod terakhir Africa’s Business Heroes, dimana Jack Ma ialah salah satu daripada panel hakim rancangan tersebut.

Ia dikatakan untuk episod penutup rancangan tersebut, Jack Ma diganti dengan salah seorang daripada ahli eksekutif Alibaba yang lain. Episod tersebut dirakam pada bulan November yang lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Alibaba, Jack Ma terpaksa mengundur diri daripada episod akhir tersebut kerana jadual yang bertindih.

Sejak hari itu sehingga kini, bayang Jack Ma masih tidak ditemui lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd