Qualcomm Memperkenalkan Cip Snapdragon 480 Dengan Binaan 8nm, Menyokong Skrin 120Hz, 5G

Diterbitkan pada Jan 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Qualcomm kini telah mengumumkan cip pemprosesan berspesifikasi rendah terbaru mereka, iaitu Snapdragon 480.

Snapdragon 480 hadir dengan sokongan 5G, sekaligus menjadikannya sebagaii cip pertama dibawah siri 4xx yang menyokong rangkaian 5G. Cip ini juga hadir dengan binaan 8nm, selain menyokong sejumlah ciri-ciri baru.

Selain sokongan rangkaian 5G, cip pemprosesan Snapdragon 480 ini juga menyokong pengecasan pantas Quick Charge 4+, selain paparan sehingga 120Hz pada resolusi FHD+.

Snapdragon 480 hadir dengan binaan CPU Kyro 460 dan gabungan GPU Adreno 619. Ia menawarkan gabungan 2 teras berasaskan A76 pada kelajuan 2Ghz, dan 6 teras berasaskan A55 dengan kelajuan sehingga 1.8Ghz. Qualcomm mengatakan Snapdragon 480 ini menawarkan penambah-baikkan sehingga 100% berbanding Snapdragon 460 sebelum ini.

Telefon pintar berasaskan Snapdragon 480 ini dijangka diperkenalkan pada suku pertama 2021 ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami