Carian
(Ura-Ura) Kesemua iPhone 13 Akan Dilengkapi Sensor LiDAR
January 5, 2021 Effi Saharudin

Sensor LiDAR digunakan pada kesemua model iPhone 12 Pro dan iPad Pro tahun ini. Dengan LiDAR, Apple berkata sistem pemfokusan yang lebih pantas dengan kesan bokeh yang lebih semulajadi dapat dinikmati terutamanya pada waktu malam. Menurut laporan Digitimes, pada tahun ini kesemua iPhone 13 akan dilengkapi sistem LiDAR.

Selain digunakan untuk meningkatkan kemampuan videografi, LiDAR juga adalah komponen penting untuk sistem realiti terimbuh ARKit Apple. Bagi memastikan ekosistem dan pengalaman realiti terimbuh yang setara pada kesemua peranti LiDAR akan menjadi ciri standard pada kesemua model.

Kita masih lagi di awal Januari dengan iPhone biasanya dilancarkan pada September. Sejauh manakah ura-ura ini akan terjawab lapan bulan dari sekarang.

Komen