Cari @ Amanz

Teknologi pengecas GaN mula dilihat tahun lalu yang mampu memberikan pengecasan yang lebih berkuasa, pantas dan kurang menggunakan tenaga berbanding pengecas tradisional berasaskan silikon. Ini dapat dilakukan dengan pengecas yang juga bersaiz lebih kecil. Menurut laporan DigiTimes, Navitas Semicondutor telah menerima kontrak daripada Apple untuk menghasilkan pengecas GaN.

Pengecas komputer riba Apple memang terkenal dengan saiznya yang besar sedangkan pengeluar pengecas pihak ketiga seperti Anker boleh menawarkannya pada saiz lebih kecil. Ini juga boleh dilihat sebagai langkah Apple untuk mengurangkan penggunaan plastik.

Setakat ini Apple telahpun menghentikan pemberian kepala pengecas dengan pembelian iPhone dan Apple Watch. Kepala pengecas untuk dua peranti ini sudahpun bersaiz kecil. Maka bolehlah diramalkan pengecas GaN ini adalah khusus untuk siri MacBook mereka.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd