Gojek, salah satu syarikat yang popular dari Indonesia memfokuskan seru-pandu, penghantaran makanan dan juga pembayaran, kini dilaporkan sedang dalam perbincangan bersama pihak Tokopedia untuk bergabung menjadi satu entiti.
Menurut Bloomberg, kedua-dua syarikat telah menandatangani perjanjian untuk membuat semakan dan keserasian untuk bergabung menjadi satu entiti. Sekiranya berjalan lancar, kita mungkin akan dapat melihat pengumuman dilakukan dalam masa beberapa bulan lagi.
Dengan gabungan Gojek dan Tokopedia, ia akan membentuk sebuah syarikat internet dengan capaian serta pendapatan tinggi berpusat di Indonesia. Ia dikatakan entiti gabungan ini mungkin bernilai lebih $18 bilion.

Ia diperkatakan, sebelum ini Gojek dan Tokopedia pernah mengadakan perbincangan sama sekitar 2018 yang lepas.
Sebelum ini, ia telah diperkatakan Gojek dan Grab mungkin bergabung – tetapi mungkin perkara berkenaan tidak menjadi kenyataan sekiranya gabungan bersama Tokopedia ini berlaku.