Laporan Terkini Mengatakan Hanya Galaxy S21 Ultra Dilengkapi Slot Kad Mikro SD

Laporan Terkini Mengatakan Hanya Galaxy S21 Ultra Dilengkapi Slot Kad Mikro SD

Diterbitkan pada Jan 5, 2021 oleh .

Sebelum ini terdapat ura-ura tiada sokongan slot kad mikro SD akan diberikan kepada siri Galaxy S21 tahun ini. Sekiranya benar ia menjadi kali pertama sejak Galaxy S6 Samsung tidak memberikan slot penambahan memori pada kesemua model peranti mercu mereka. Terkini Roland Quandt menghantar ciapan yang mendakwa Galaxy S21 Ultra masih akan menyokong kad mikro SD.

Sekiranya benar siri Galaxy S nampaknya meminjam apa yang telah dilakukan pada siri Note20 sebelum dengan hanya model Ultra boleh ditambah memori. Melihat pada trend pasaran, penggunaan kad mikro Sd pada telefon pintar semakin berkurangan kerana pengguna sudah selesa dengan storan awanan untuk gambar dan menggunakan perkhidmatan penstriman untuk video.



Paling Popular