Twitter kini telah mengambil-alih salah satu aplikasi memfokuskan kepada podcast, dinamakan Breaker. Dengan pengambil-alihan ini, ia sekaligus akan menyaksikan aplikasi Breaker ditamatkan pada 15 Januari 2021 kelak.
Dengan pengambil-alihan ini, pasukan Breaker akan membantu Twitter dalam menambah-baik perbualan awam di platform berkenaan, selain pada masa membantu dalam projek terbaru Twitter yang memfokuskan audio, iaitu Twitter Spaces.
Bersama-sama pengambil-alihan ini, sama-sama kita lihat bagaimanakah perkembangan pihak Twitter dalam arena audio ini.