Carian
Facebook Kini Menawarkan Ciri Mengarkib Dan “Bakul Sampahkan” Perkongsian Anda
January 5, 2021 Aman

Facebook kini telah menambah sebuah lagi ciri dalam menyembunyikan perkongsian lama anda. Sekiranya sebelum ini, anda hanya ditawarkan ciri untuk memadam terus sesuatu perkongsian, kini Facebook turut memberikan alternatif lain.

Yang pertama adalah ciri untuk mengarkib. Ciri ini berfungsi lebih kurang seperti pada Instagram, dimana perkongsian yang anda pilih untuk mengarkib akan disembunyikan daripada paparan awam.

Yang kedua adalah ciri untuk memadam – dimana kini ia tidak akan dipadam terus, tetapi akan “dibakul sampahkan”. Dengan langkah ini, anda diberikan tempoh selama 30 hari sebelum ia dipadam sepenuhnya. Secara tidak langsung, dengan ciri baru ini ia memudahkan anda mendapatkan kembali sesuatu perkongsian yang dipadam tanpa sengaja.

Bagi anda yang menggunakan Facebook, boleh menguji kedua-dua ciri baru ini hari ini.

Komen